TAJUK :
Dakwah Melalui Perubatan
DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU 101
DISEDIAKAN OLEH :
Muhammad Nabil Bin Nasir
No Matrik :
2011216392
PROGRAM :
Diploma Analisis Pelaburan
Abstrak
Penghargaan
Pengenalan
Latar belakang Ustaz
-Kelulusan
-Pengalaman
Aktiviti dan Sumbangan
-Sambutan orang ramai
-Masalah
-Penyelesaian
Cadangan
-Masa Hadapan
-Harapan
-Komen-Komen
Rujukan
-Gambar
-Video
-Laman Web
Penghargaan :
Alhamdulillah , saya amat bersyukur kepada Illahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan CTU 101 ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu dan ayah yang banyak membantu saya dalam usaha saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin Pensyarah CTU 101 yang memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Juga buat rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah jemu mengingatkan dan memberi teguran. Dan yang terakhir sekali tentunya Tokoh yang saya temu ramah iaitu ustaz Abdul Rahman bin Nawas kerana sudi meluangkan masa. Dan juga kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam proses saya menyiapkan tugasan ini.
Pengenalan :
Terdapat pelbagai persatuan yang menjalankan rawatan islam dan saya telah memilih Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) di bawah Tuan Guru Dato’ Haron Din. Oleh yang demikian saya telah menemu ramah Ustaz Abd Rahman bin Nawas , Setiausaha memilih Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’). Maklumat tentang cara-cara pengubatan b0leh anda dapatkan di link ini
http://www.darussyifa.org/artikel/KonsepPerubatanIslam.PDF
Latar Belakang , Aktiviti dan Sumbangan :
Ustaz Hj Abdul Rahman b Nawas merupakan anak jati Behrang Tanjung Malim Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1940 di sebuah kampung di sekitar Behrang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sg. Serisik dan kemudiannya menyambung pelajaran di ma'ahad al -ehya al-syarif.gunung semanggol,perak. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Kolej Islam Malaya atau kini dikenali dengan nama Universiti Islam Malaysia. Tidak hanya berhenti setakat di situ sahaja beliau terus menyambung pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab. Ustaz Hj Abd Rahman seterusnya berknidmat sebagai warga pendidik di Maahad Hamidiah , Bangi . Kemudiannya beliau bertukar ke Sekolah Sulatan Abd Aziz Shah (SAAS) Kajang . Pada hujung perkhidmatannya , beliau telah berpindah ke Maktab Perguruan Islam sehingga beliau bersara sekitar tahun 1999.
Beliau telah menyertai Darussyifa pada 1990 , tetapi beliau hanya menjadi salah seorang perawat pada tahun 1995. Kini beliau bukan sahaja ahli Darussyifa dan perawat malah beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar dan ahli jawatankuasa pusat Darussyifa. Ketika ditanya pengalamannya selama 15 tahun beliau berkhidmat sebagai perawat di darussyifa , beliau tersenyum sambil berkata “ kalau tak kena terajang dengan pesakit tu macam ta lengkap pengalaman “ untuk pengetahuan semua ustaz bukan sahaja telah merawat pesakit-pesakit yang biasa malah beliau juga sudah melihat yang luar biasa. Ustaz bertugas sebagai perawat pada hari isnin pagi sehingga tengahari. Beliau juga sempat menceritakan bagaimana beliau merawat orang yang diganggu makhluk halus , hinggakan beliau pernah diludah malah dipukul ada kalanya. Tetapi bagi dirinya itu adalah lumrah seorang perawat.
Bukan hanya masyarakat yang beragama islam sahaja yang hadir malah yang bukan islam juga turut hadir untuk meminta bantuan para perawat. Beliau sendiri pernah merawat hampir 50 orang pesakit bukan islam yang hadir meminta bantuan samada penyakit kuaran mahupun dalaman. Apabila beliau tidak bertugas sebagai perawat beliau biasanya akan menghabiskan masa di pejabat darussyifa untuk melicinkan pentadbiran darussyifa yang kini mempunyai lebih kurang 5000 ahli di seluruh negara termasuk Brunei. Beliau sendiri pernah ke Brunei bersama Tuan Guru untuk majlis pengijazahan di sana.
Baginya perubatan ini mempunyai 2 tujuan iaitu rawatan dan dakwah. Tentunya pesakit yang hadir mahu sembuh oleh itu menjadi tugas perawat untuk membantu mereka dan dalam masa yang sama tugas perawat adalah untuk mengingatkan para pesakit untuk tidak lupa berzikir mengingati Allah.
Sungguhpun begitu , masih ada suara-suara sumbang yang menuduh Darussyifa’ merupakan sebuah persatuan pengubatan yang menggunakan kaedah yang bertentangan dengan islam. Menurut ustaz , semua doa dan ruqyah yang digunakan merupakan doa yang di ambil dari al-quran , as-sunnah dan doa para ulama’ atau dalam kata lain ruqyah syariah. Darussyifa melalui Tuan Guru juga tidak akan mengambil apa-apa jua bentuk jampi serapah yang tidak ada dalam nas-nas yang sahih. Bahan-bahan rawatan yang digunakan juga terdiri dari bahan-bahan yang halal. Sempat juga saya menanyakan ustaz akan sambutan orang ramai terhadap cara rawatan ini. “Sambutan orang ramai amat menggalakan terhadap sistem pengubatan islam. Ini boleh dilihat pada hari selasa seawal jam 2 pagi lagi ramai ahli masyarakat datang dari segenap pelusuk negara untuk berubat dengan Tuan Guru Dato’ Haron Din. Darussyifa sendiri telah memperbesarkan kawasannya tahun lalu” ujarnya. Ustaz juga turut menjelaskan pihaknya sememangnya tidak langsung meminta sebarang ganjaran ataupun apa-apa balasan dari pesakit. Cukuplah sekadar pahala dari Allah. Sungguhpun begitu, ada segelintir dari pesakit yang bermurah hati telah menderma sedikit tanda terima kasih yang digunakan oleh pihak persatuan sebagai duit untuk membayar bil air dan elektrik. Sebelum saya menemu ramah ustaz kami telah dijemput oleh salah seorang ahli darussyifa ke rumahnya di bangi untuk majlis bacaan doa selamat. Tuan rumah bukanlah calang-calang orang tetapi beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di negeri selangor. Ini membuktikan bahwa ustaz Abd Rahman dan tenaga pengajar di Darussyifa telah diterima oleh segenap lapisan masyarakat.
Cadangan :
Sebagai seorang pendidik Ustaz Abd Rahman mengharapkan lebih ramai generasi muda menceburkan diri mereka dalam aktiviti sebegini dari duduk melepak di tempat-tempat hiburan. “kekuata sesebuah ummah dilihat pada anak mudanya” jelas ustaz. Beliau juga berharap agar akan lahir seseorang yang akan menggantikan Tuan Guru kerana beliau tidak rela melihat ilmu ini hilang begitu sahaja. Beliau juga berharap agar semua umat islam dapat mengambil ilmu perubatan ini sekurang-kurangnya untuk diri mereka masing-masing agar tidak terjerumus ke dalam ilmu perbomohan yang sememangnya jauh menyimpang dari syariat.
Gambar :